Sunday, January 8, 2012

Some Updated about Rizqi Arsyad

Sekarang Rizqi Arsyad dah mencecah 7 bulan!
sekejap jer kan???rasa baru jer saya alami kesakitan bersalin, masa berpantang...miss that moment!!

Kali nie nak updated pasal Rizqi Arsyad yang semakin membesar & Lasak..ialah Boy kan???

1).Rizqi sekarang ni dah pandai sepahkan dapur Neneknya..terutama periuk nasi nenek yang kebanyakannya dah kemek hasil dari kerja Rizqi aRsyad..

2). Rizqi ni jenis yang suka mengilai kalau di agah..kadang-kadang kalau tak diagah pun dia mengilai..terutama bila tengok muka adik saya amin (ayah su) dia..entah apa yang dilucukan tak tahu laa..

3). Rizqi ni sekarang ni susah nak tido siang..kesian nenek terpaksa jaga Rizqi & nak menyapu halaman rumah pun terbatas..my mum suka berkebun tapi bila situasi macam nie, terpaksa dia kurangkan aktiviti tersebut..

4).Rizqi dah kenal ibunya..balik jer dari kerja kalau tengok saya dia mesti melalak minta di ambil.kadang-kadang sampai tak sempat nak letak handbag..bila dukung siap senyum kat ayahnya..dengar jer suara saya terus cari...kadang-kadang terpaksa menyorot.



6). Setakat nie saya belum masak apa-apa bubur lagi untuk Rizqi tapi saya bagi makan Nestle Cerelac..dah macam-macam perisa saya tukar. disebabkan Rizqi nie mudah jemu dengan Perisa yang sama.Terbaru saya tukar kepada....


Nestle Cerelac (Beras & Buah-buahan)...kadang-kadang bagi makan 2 kali sehari..
kadang-kadang sekali sehari...saya memang bercadang untuk masak bubur tapi masih belum berkesempatan..kalut sangat..Insyaallah dalam masa terdekat ni saya nak try masak bubur untuk dia..minta-minta anak ibu tak memilih bab makan..

7). satu kelemahan Rizqi, kadang-kadang bukan selalu dia akan menangis pukul 3 pagi..bila menangis memang susah nak pujuk..tak tahu apa punca..kesian tengok bila air mata banyak mengalir..macam terkejut kat sesuatu..Mistik la pulak, tapi tu la hakikatnya..dah bawak g jumpa ustaz..katanya Rizqi Arsyad ni lemah semangat sikit..disebabkan itu saya takut nak bawak dia jalan-jalan ke tempat yang pelik-pelik di waktu malam..contohnya exspo & market..disebabkan baby nie dia nampak sesuatu yang kita tak nampak & dia pulak tak boleh beritahu kita apa yang dia nampak..kata orang tua-tua lah..boleh jadi kot!

itu saja updated pasal Rizqi arsyad yang semakin membesar sekarang nie!
nanti saya updated lagi...xoxoxoxo

No comments:

Post a Comment