Wednesday, December 26, 2012

malam yang hening



sekarang ni musim hujan... Jadi bila malam kami hanya duduk di tangga rumah sahaja.

menikmati udara malam
.
.
.
.
 

ni pulak si kecil nie...yang kepuasan tak tahu nak buat apa..kesian anak ibu....

Dunia Baru, Alam Baru, Rakan Baru

Alhamdulillah...doa saya dan suami di makbulkan Allah...penghujung December saya dapat tawaran berkhidmat dengan kerajaan di bawah kementerian pelajaran malaysia....
6 December 2012 Last day saya kat Sama Pelangi Sdn. Bhd....Banyak kenangan selama 5 tahun berkhidmat di sana...

8 haribulan saya &family bertolak ke Kuala Lumpur. 10hb saya lapor diri di putrajaya...11 hb saya Lapor diri di Jabatan pelajaran Terengganu & 12hb saya lapor diri di tempat saya berkhidmat sekarang...
huhhhuhhhu....penat memang la tak terkata. ayah saya xsehat tapi sanggup ikut ke putrajaya..






Sekarang ni saya cuba sesuaikan diri di suasana baru ni...alhamdulillah, dapat kawan-kawan yang ok...moga diberkati selalu...

i will miss this scenery

19 November 2012, saya dapat berita yang menggembirakan saya..saya dapat tawaran untuk berkhidmat dalam government bahagian kewangan dan lantikan Tetap...syukur, rezeki diambang umur memasuki angka 30 tahun....

sebelum tu kami sekeluarga dikhabarkan dengan berita sedih, Biras saya meninggal disebabkan lemas di Pantai bukit Keluang Besut pada 16 november dan mayat dijumpai pada 18 november...

bila dapat tawaran dari government, kepenatan melanda...Setiap hari saya akan balik lewat bermula 3 minggu dari tarikh lapor diri...Kesian Rizqi Arsyad, malam baru jumpa ibu. makan pun xsempat...Alhamdulillah kerja dapat diselesaikan walaupun ada yang tersilap gak...memandangkan masa tu hanya saya sorang staff pejabat, saya cuba buat yang terbaik...

 picture Arsyad di desktop



 View ofis lama


  view ofis lama


Sedih juga bila difikirkan...tapi sampai satu tahap kita kena move on...
sejak dari itu bermula la hidup baru saya sebagai kakitangan kerajaan...
xoxoxoox




BANJIR LANDA PANTAI TIMUR

Bersempena Christmas, besut dilanda banjir....saya pula sudah lama tak menulis blog disebabkan teramat busy disebabkan hari tu saya resign dan masa memang dihabiskan sepenuhnya untuk menyiapkan kerja-kerja yang berlambak di pejabat lama...


Sekarang ni pula saya cuba untuk rasikan diri di tempat kerja baru..tapi ni saya nak cerita pasal banjir di pantai timur dulu..minggu ni cukup malas nak datang keja disebabkan rehat yang tidak mencukupi..25 december bersempena dengan Christmas Day, paras air sungai Jertih naik & mengakibatkan kereta Waja adik lelaki saya rosak  teruk di tenggelami air...Nasib baik adik saya & anak perempuannya Nur Asyifa Humairah selamat...kereta pun dah siap dibaiki.masa tu adik saya nak pergi jemput isterinya kat Hospital Besar jerteh...adik ipar saya bertugas petang time tu...pukul 9.00 malam habis shift kerjanya...Suami saya minta pertolongan kawannya untuk mendapatkan khidmat lori tunda.

 

Saturday, November 10, 2012

weekenD 9 & 10 November

Kalau last week saya diserang
 .
.
MIGRAIN!!!!                                                         
Minggu ni pulak saya diserang sakit gigi...memang Azab la sakit gigi ni sampaikan saya tak dapat tido semalaman...pukul 2 pagi saya kejut hubby coz dah tak tahan tanggung kesakitan.Kesian dia terpaksa ke U-Station semata-mata untuk cari     
 Lepas menggunakan ubat gigi ini baru tahan sikit & saya dapat tido..Thanks To Mr hubby terpaksa keluar time ribut nak cari ni untuk saya.

dalam sakit gigi, petang jumaat tu saya sempat jugak masak Tom Yam Udang untuk suami TERCHENTA!!!

 saya suka Tom Yam pedasss!!!!hehehheheh

Hari sabtu pulak saya masak nasi ayam...hajat dihati nak hantar ke rumah jiran coz hari tu dia hantar nasi dagang ke rumah saya sempena raya..kunun2 berbalas bekas...malangnya Kak Shila, jiran saya berkursus ke Melaka la pulak...So, dah alang2 masak lebih tu, saya tapau ke rumah mentua laa...


Si kecil saya seorang yang gemar kan sup..memang banyak la Rizqi ArsyaD makan...ayahnya pon sama..makin kuat makan sampaikan mengadu, Seluar kerja Ayah dah ketat laa...hahahahhaha..perut suami kena jaga..saya suka bila suami makan banyak...


itulah saja weekenD kami..lagipon hari hujan..kami tak kemana-mana pon...duduk di rumah saja..

Saturday, November 3, 2012

weekenD 3 November 2012

sabtu 3 november saya diserang migrain..
kenapa la migrain menyerang di hari minggu..hari sepatutnya saya habiskan masa bersama Si comel Rizqi arsyaD!

Tapi masa sakit-sakit tu, alhamdulillah rezeki kami sekeluarga murah!
.
.
.
.
 
 kami dapat buah tangan dari jiran kami yang baru balik kursus dari langkawi...Terima kasih kepada Abg Yie (jiran kami).

 Coklat dari Langkawi!! saya baru cadang nak ajak hubby p beli cadbury malam tu. tapi dah memang rezeki saya..Rizqi  xboleh makan coklat k!!nanti rosak gigi.
 
 Ni pulak kuah rojak Mak Bee.. memang tersohor la masa saya kat Kedah dulu. dah lama xmakan kuah rojak Mak bee+kacang nie...



Dalam sakit kepala, saya sempat jugak masak...P:)-
.
.
.
.

 Saya masak rendang buat pertama kalinya..alhamdulillah menjadi rendang saya!!!
tak pernah masak rendang sebelum ni...disebabkan banyak daging korban dalam freezer, saya pun guna la untuk masak rendang!!!


Tu jer citer weekenD kami, I love weekenD..
kenapa cuti cuma 2 hari..saya mau cuti lagi laaa...
miss my Son Rizqi Arsyad!!!

weekenD 2 November 2012

pagi jumaat yang indah, pagi-pagi lagi rizqi arsyad dah bangun..layan cartoon favouritenyerrr...
kesian pulak tengok, mesti boring sangat dia time ni coz ayah ada kerja sikit dengan Tok Ayah!


s
siap menonggeng lagia anak ibu kalau dapat tonton TV
pagi jumaat tu jagak nenek minta Cik gee hantar nasi lemak kat kami..terima kasih nenek...xpayah ibu masak pagi2.

malam tu pulak, disebabkan ayah sehari suntuk xada masa untuk kami di hari minggu, ibu request nak makan Chicken chop..alhamdulillah ayah tunaikan..Tq my luvly hubby..

 Chicken Chop untuk ibu

Nasi Goreng ayam merah untuk ayah..

Lokasi makan malam kami ialah Isma Cafe kat kawasan sawah padi tu..adik saya amin yang suggest kat sini dia kata chicken chop sedap...alhamdulillah, memang sedap la. tak menghampakan walau 1st time datang sini. Milo kaw yang diorder suami pon sedap!!!3***
xoxoxoxoo

Wednesday, October 31, 2012

supper

 2-3 hari lepas, kami makan awal, jadi bila dah tengah malam tu kami lapar balik la. hubby request cekodok bilis..saya terpaksa la turun dapur tengah malam. hasilnya
.
.
.
.
 Persembahan kurang menarik tapi habis jugak bila pekena dengan teh-o panas

 Ni pulak mempelam yang diberi oleh jiran kami.manis isinya...

si kecik Ibu yang sangat suka mempelam...

salam aidiladha


agak lambat untuk mengucapkannya..tapi rasa nak juga ucap kepada semua rakyat malaysia yang beragama Islam, saya mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha...

jangan banyak sangat makan daging takut macam-macam penyakit singgah nanti!!!
Ikhlas dari kami sekeluarga:-
yusry, mazlia & rizqi

Monday, October 29, 2012

happy birthday Nur Asyifa Humairah mohD aminudin

malam raya aidiladha semua adik beradik saya berkumpul untuk sambutan hari lahir Si comel nie!!!

 Nur Asyifa Humairah yang ke-2 tahun...sangat la lucu. tunggu tiup lilin bukan main lama lagi. dia maluuuu!!!hehehehe. pada malam tersebut saya tak sempat nak bergambar sangat kerana busy kejar masa. iyalah, nak ke rumah MIL (mother in law ) lagi...

actually birthday sebenar dia adalah 9.10.2010... papanya pulak 10.10.1985..selang sehari sahaja..tapi birthday dia kami rai bila semua mak2 sedara berkumpul...


 Cik ngoh, ayah ngoh & adik kie harap syifa sehat, cerdik & comel k..
love u dear!!!
malam tu ada pizza, ada kek oreo, ada cheese tart, ada sate..tapi sebabkan malam raya xsempat & lupa nak berphoto!!!yang penting kami enjoy...alhamdulillah!!!

Monday, October 15, 2012

Dinner 15 October 2012

semalam, kami dinner lambat sikit dari biasa. saya balik kerja lambat & lauk pun belum saya keluarkan dari freezer. Tapi yang pastinya kami makan sebelum drama bersiri Adam dan Hawa bermula. Menu saya setiap hari mestilah lauk kegemaran suami. Saya suka kalau dia makan banyak. Tapi suami saya ni jenis yang tak naik berat badan, makan memang banyak tapi kurus jugak. sekarang saya tengah survey vitamin untuk suami saya tu. Berbalik pada cerita dinner kami, menu kami semalam ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KARI IKAN!!!!
 
disebabkan lambakan bendi & terong hasil tanaman en suami kat halaman rumah kami, maka saya masukkan ke dalam kari ikan. bercakap pasal kari, ramai yang suggest rempah kari ikan BABAS kat saya. my MIL pun cakap rempah BABAS sedap, tapi, setiap orang ada citerasa masing-masing. saya lebih gemar rempah kari ikan, rempah kari ayam adabi..kalau guna rempah lain macam tak jadi jer gulai saya.



saya bukannya penggemar sayur-sayuran & ulam-ulaman. tapi bila dimasukkan ke dalam gulai macam ni, saya boleh makan. & saya bertekad untuk makan sayur dah selepas ni kerana saya manghadapi masalah pencernaan sikit..P:)-

Ini merupakan Lauk ke-2 kami semalam dan juga merupakan Request dari Encik suami

.
.
.
.
.
.
.
.
Peria Goreng

Buah peria ni diberi oleh jiran kami Kamarul. jadi hubby suruh saya goreng. untuk elak pahit peria, saya goreng bersama ikan bilis & udang...memang jadi kurang pahitnya. dan pagi nie saya tengah pikirkan menu apa pulak malam ni. malam ni kena masak awal coz en suami ada meeting jiran tetangga kawasan taman perumahan kami malam ni jam 9.00 malam.

Sunday, October 14, 2012

Lala for my hubby

 Sebenarnya citer ni dah lama..dah beberapa minggu yang lepas..tapi saya tidak berkesempatan untuk share di sini. Hari ni mood untuk menulis blog datang, tanpa buang masa saya taip la. sebelum malas datang balik...P:-)

Cerita biasa sahaja iaitu tentang makanan kegemaran suami saya.masa jalan-jalan kat pasaraya sorang diri waktu Lunch hour, saya terpandang LALA...teringat kata-kata my hubby.
"abg masa kat shah alam dulu kalau masuk kedai makan, ada jer lauk Lala, abg xkan pandang dah lauk lain. Lala manis isi dia"
apa lagi, terus la beli.saya masak petang tu balik dari kerja..


 saya masak Lala serai berlada, resepi Biras saya, Abg Nizam.tapi saya buat berkuah. Hubby suka yang ada kuah..dia kurang gemar yang kering.Tu lah hasilnya.untuk elak hanyir saya masukkan daun kari. Rizqi pun suka makan. memang puas hati la..hubby pulak cakap "bertuah aku dapat bini, bersungut jer terus dapat makan" hahahaha..puji ada makna ka????

Dan Rezeki saya jugak hari tu, bukan mengidam tapi dah lama teringin nak makan Ikan percik. dah memang plan nak belajar masak dengan mak saya. mak saya memang terror bab masak sampai suami saya & abg ipar naik kembung bila semua berkumpul...iyelah, nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak, laksa & lontong menu pagi...tengahari dia akan masak yang lain pulak...malam menu lain pulak. memang kenyang la.pagi2 masa tinggal rumah mak dulu sebelum g kerja biasa sarapan pagi memang makanan berat la. mak dah sediakan pagi2 lagi. sampai sekarang saya terpaksa ajar suami untuk amalkan makanan berat pagi-pagi supaya xlapar...


Ini dia ikan percik yang mak saya kirim kat adik saya..memang sedap laa..rizqi memang makan la apa saja masakan nenek dia coz dia membesar dengan nenek dia..saya rasa nak belajar buat ikan percik ni coz tak pernah lagi buat untuk hubby
xoxooxoxo

Saturday, October 13, 2012

Selamat Pengantin Baru Sue & Khairul, Ida & Alias 13 October 2012

Add caption
 Lama sungguh saya xupdated blog nie..teramat busy...super duper busy...mula-mula tu hubby exam, saya pulak busy mencari bahan untuk en suami study..kemudian teman dia gi Exam kat Kuala Terengganu...selang seminggu saya pulak exam...huhuhuhu penat di samping si comel kami yang semakin lasak...ok, berbalik semula pasal entry kali ni, semalam kami dapat 2 jemputan ke kenduri kawen...pertama my lovely ofismate Ida & pasangannya Alias...ke-2 my BFF, Marsuriati & khairul..kami decide ke kenduri Ida dulu kemudian baru ke kenduri Sue...malangnya kami xsempat bergambar dengan Ida coz Ida sembahyang time nie..masa mula2 sampai dah jumpa Ida, tapi belum make up lagi...


 Hanya gambar si kecil ini yang sempat di ambil kat pelamin Ida...
yang tak reti dok diam..risau saya dengan si kecil nie!!takut habis hantaran orang jer!!!

 Tengok!!! sampai berpeluh dibuatnya...


 Lepas solat zohor kami bergerak ke kenduri sue pulak..alhamdulillah, walaupun busy dengan sesi bergambar, sue sempat melayan kami..ada gak gambar kenangan saya dengan sue..Ikhlas hati saya cakap, sue comel sangat...suami & my mum pun puji...nampak lain sangat2..Serinya bertambah2...

 Dah lama xjumpa member-member Choo & co.. alhamdulillah kami jumpa & kami tetap rapat seperti dulu...Rindu saat-saat di Choo & co makin membuak-buak..rasa sangat bila jumpa diorang...miss that moments!!
 Nurul, Farah & me...Insyaallah lepas ni destinasi kenduri ke Kota bharu lak...Farah & nurul jangan lupa kak ya lakss....heheheh...muahsskkk!!!

 Miss tan pun anggun jer...bila lak miss tan punya nie...xsabar lak rasa.

Last, saya, Rizqi & pengantin...nasib baik anak ibu bagi kerjasama kat ibu semasa sesi bersama rakan-rakan...Thanks yer Rizqi Arsyad bin mohd yusry...

Tuesday, August 28, 2012

Thanks to mr hubby


sempena raya, ada majikan swasta yang menghargai staff dengan memberi bonus yang berganda-ganda...alhamdulillah, syukur ke atas rezeki yang diberikan...
& salah seorang yang bertuah itu adalah suami saya..
dia dapat bonus 2 bulan gaji + claim minyak kereta yang ulang alik ke tempat kerja.
bersempena dengan itu, kami menunaikan wishlist kami..ialah sebelum ni kami hanya menggunakan nokia biasa..tak tahu pun macamana hp touch screen, hp yang dapat melayari internet dsb...

masa last minit shopping raya kat Kota bharu, my hubby hadiahkan saya Hp Samsung..walaupun xada lah semahal & secanggih yang orang lain dok guna pakai sekarang tapi saya betol-betol appreciated apa yang my hubby hadiahkan...kalau dia tak hadiahkan, belum tentu saya dapat beli sendiri...bila ada jer duit, ada jer gunanya...

sekarang ni kami berdua masih terkial2 belajar aplikasi pasal hp nie..ialah, mencuba sesuatu yang baru bukan senang..


ni dia
.
.
.
.
.
.
.
samsung S3650 Yellow to my hubby






samsung S3650 Pink untuk saya...

thank lots dear..lunv u so much!

xoxoxoxoxo