Friday, July 15, 2011

1st Anniversary 14 june 2011


Because in everything I do

You always have a part,

Because a loving thought of you

Is always in my heart,

Because each little wish of mine

You've tried to make come true --

On this, our day, I want to say

How dearly I love you.

HAPPY 1ST ANNIVERSARY MY DEAR HUBBY!!




pejam celik dah 1 tahun aku bergelar isteri kepada MoHD YusRy Bin Mat Yusof, kami kenal dah 12 tahun, bercinta dari form 4 sampai la semester 7 aku kat universiti, clash 3tahun & masing2 bercinta dengan orang lain, kemudian kami berjumpa balik bila diri dah sama2 single balik..bercinta pulak setahun sebelum ditabalkan menjadi suami isteri & now, kami ibu & ayah kepada putera comel kami Rizqi Arsyad Mohd Yusry...itulah yang dikatakan JODOH!!! PerCaya atau tidak, itulah hakikatnya..

banyak juga kisah suka & duka masa kami bercinta, kalau xsakit tu maknanya bukan Cinta...biasalah, cemburu, merajuk, orang ke-3 dah normal laa,sehingga kadang kami xsangka kami jodoh antara satu sama lain.ajaib ciptaan tuhan, kami di pertemu buat kali ke-2 sebagai jodoh...luv u hubby..


Rizqi Arsyad Demam Panas


RizQi kn Admit Kat KbMC 4 Hari


22 june, Rizqi arsyad Demam panas...mmg kesian coz belum hbs berpantang & Rizqi yg masih kecil dah kena demam panas..

asalnya petir & kilat yg kuat pada petang rabu 22 june tu, maghrib tu rizqi mula menangis xhenti2 sampai serak suara.mukanya bertukar wajah jadi warna biru coz menahan kesakitan.aku mula risau, memandangkan aku masih dalam berpantang&kesihatan aku pun xberapa baik aku mula memikirkan perkara yg bukan2, contohnya gangguan makhluk halus dsb..

My SIL check suhu demam , mmg agak cuak coz temparature 38.5, pukul 1pg naik 39.5..rizqi xhenti2 menangis sampai la kami buat keputusan untuk hantar Rizqi Ke unit Kecemasan Hospital Jerteh (hospital yang mmg aku xberpuas hati sebelum ni) tapi kami tiada pilihan kalau kat Jerteh ni, mana ada private hospital..

sampai kat kecemasan nurse masukkan ubat demam melalui punggung Rizqi, kesian, sedih & menangis jer yang aku+my mum mampu buat melihat Rizqi mengerang kesakitan bila di masukkan jarum ke tangannya..darah mengalir dari tangan Rizqi tapi sikit pun xdihiraukan oleh nurse & doktor yang bertugas pukul4pagi tu..siap makan mamee, baca paper, & bersembang.padahal darah yg mengalir kesan dari jarum yg mereka masukkan xberapa betol...
sakit hati aku terus naik angin & menyuruh hubby tanya keadaan sebenar anak kami coz 2 jam kami di unit kecemasan tiada apa pun yg diberitahu contohnya, anak aku ni stabil ke, xsihat ke dsb.

bila my mum tanya boleh diorang jawab "budak, biasala menangis, kalo xmenangis bukan budak namanya..." masalahnya budak akan menangis time dia lapar& sakit jer.ni kalo nangis xhenti walaupun diberi susu may be ada something wrong..lepas tu bila aku nak pergi pump susu coz aku breastfeed Rizqi,diorg xkasi coz suruh aku bg direct...mcmana nk bg direct depan muda mudi, nak aku selak mcm tu depan ramai orang..masalah aku la nak pump or x susu untuk anak aku.diorang sendiri bagi formula milk kat anak, nak marah2 kita xtentu pasal pulak...

doktor suruh Rizqi masuk wad walaupun keadaan Rizqi stabil tapi kn tahan sampai 24jam.hanya ibu yang dibenarkan teman anak dalam wad.tapi mak aku suruh balik berehat coz aku dalam pantang..aku balik kejap jer ngan hubby mandi then datang balik..aku xboleh rehat coz hati asyik teringat kat Rizqi..

Rizqi dah xdemam masa aku datang pukul9pagi tu, doc dah check suhu badan rizqi, so mak aku balik & aku pulak yg jaga Rizqi sampai la pukul 12 tghari suhu badan anak aku naik balik ke 39.5, dan Rizqi start menangis balik tanpa henti...mana xdemamnya, lepas doc check pukul8.30pg, xada ubat yg diberi pada rizqi, nurse xada follow up pasal rizqi...aku pinjam dengan kakak katil sebelah check sendiri temparature anak aku..pukul3 ptg aku dah xtahan tgk keadaan Rizqi.aku panggil nurse yg bertugas & tanya kenapa xdatang check anak saya???mukanya dah jadi pucat lesi.badan panas balik, dia cakap tunggu pukul7 nak check balik..Yaallah sakitnya hati aku dengar jawapan manusia nie.masa tu jugak col hubby yg tunggu kat luar biar bertegas dgn nurse coz kami nak bawak anak kami ke KBMC..walaupun mahal or apa aku dah xpeduli janji anak aku selamat.duit blh cari, anak mcmana???demam panas bukan boleh buat main2.nak mintak dscharg pun bukan main susah lagi, nak tunggu doc luluskan la, nak suntik ubat demam+antibiotik dulu la..aku paksa my SIL(juagak nurse Hospital jerteh) baru diorang kasi & suruh kami sign borang..

di KbMC Rizqi still menangis tapi aku berasa lega coz setiap jam misi beritahu perkembangan kesihatan anak aku..tambahan kami ramai2 boleh jaga rizqi..4 hari Rizqi kat kbmc, alhamdulillah rizqi sehat.apa lagi yg boleh diharap oleh ibu selain melihat anaknya sihat walafiat & membesar macam kanak-kanak lain..

sekarang ni bila Rizqi menangis sakit or apa aku mula trauma...xmau ulang dah apa yg berlaku pada Rizqi masa umur dio 23hari...nauzubillah.23 hari dah kn jarum, dah kn masukkan air dsb...

Thursday, July 14, 2011

KelaHiran RizQi ArsyaD



RizQi Arsyad 3rd Day


Dah Lama aku xpost kat bLog aku nie..last post 28mei, sehari sebelum bersalin..

Pengalaman bersalin kat Rizqi agak ngeri jugak, almaklum anak pertama.Pada 28 mei 2011, masa tu aku sorang diri kat rumah & tengah berfesbuk laa..hehehe, aku keluar darah, tapi aku buat xhirau la becoz xsakit.lebih kurang pukul 11pagi, aku chat ngan my friend yg dah ada pengalaman bersalin ni,kak jue,dia nasihat aku gi hospital coz dia kata aku dah sampai tanda nak bersalin, kalau ikut due, lagi 2minggu..aku call my mum yg masa tu ke pangkalan kubur, my mum paksa suruh g hospital cepat walaupun xsakit, apalagi, call my hubby laaa suruh balik kerja cepat, aku pulak hari sabtu mmg xbekerja.

pukul 1.30sampai kat Hospital Jerteh, nurse cakap aku lambat lg nak bersalin coz jalan baru terbuka 1cm...tapi kn tahan kat wad coz aku turun darah, (kutuban darah).pukul 6ptg, waktu melawat my MIL dtg & cakap knp cepat sangat datang hospital, biar jer la dulu.aku cakap aku takut coz banyak darah yg keluar..

lbh kurang pukul 7 aku dah mula sakit, char ko teow yg my hubby beli pon aku xselera nak makan dah..pukul 9, doc check & baru terbuka 2cm...tapi sakit makin kuat sampai xtertahan, hanya allah yg tahu sakit masa tu, aku pulak xhenti2 ulang alik ke tandas, cuci muka, maklum la Hospital kerajaan xboleh ada peneman..my hubby mmg tunggu kat luar & tido kat hospital malam tu.

pukul 12 tgh malam, kesakitan makin bertambah, aku mengerang atas katil, timbul rasa kesal di hatiku mengenai hospital kerajaan ni, bila aku beritahu nurse yg bertugas aku xtahan sakit boleh diorg jawab "pergi la labour room, xkan awak nak beranak atas katil nie" mengalir air mata aku time tu, kerja jururawat nie kerja mulia, tapi masih ada yg xberhati perut mcm tu...aku bertahan lagi sampai pukul 2.45pagi kesakitan tu sambil bermain sms dengan hubby & memberitahunya aku mmg dah xtahan sakit..suami suruh sabar dan beritahu nurse..aku dah mula cuak bila nak beritahu nurse lagi..dalam aku mengerang & menahan kesakitan tu, pukul 2.45 air kutuban aku pecah bercampur darah, apalagi, cepat2 akua mabil pakaian baby & kain lampin dan berjalan menuju labour room yg agak jauh jugak.menitik darah+air atas simen sewaktu aku berjalan menuju labour room.mintak w.chair, nurse xkasi dia cakap jalan jer la..

sampai kat labour room, dah terbuka 6cm..suruh nurse panggil my hubby, 3x bagitahu baru panggil.3.15 a.m baru my hubby masuk & 3.30 a.m lahir la putera yg kami nanti2kan RizQi Arsyad mohd Yusry....lepas bersalin tu ada jugak nurse yg leteri aku katanya aku menerang ikut perasaan sebab tu banyak jahitan..bayangkan kita baru lepas bersalin, boleh pihak jururawat meleteri kita..agak gila kan????masa kn jahit tanpa bius pun aku kn lagi..masa aku mengadu sakit, nurse yg menyambut kelahiran putera kami cakap "xpayah mengadu sakit, saya pon pernah bersalin jugak"...baju yg aku pakai kn darah pon dia leteri jugak..aku jadi cuak teramat dengan Hospital jerteH.. xtahu knP????mmg benci, walaupun My SIL nurse kat Hospital Jerteh, aku mengadu semua kat dia & dia pun akui mmg mcm tuuu...

pukul 5 a.m aku di hantar ke wad post natal, masa tu adik aku azie teman, masa tu nurse paksa aku mandi, bila aku cakap aku pening, dia paksa jugak...pukul 7, adik aku dah kn keluar dah.kesian my bby kn tinggal masa aku mandi.kalau aku kaya, aku nak jer bersalin kat Hospital Swasta, baru aku xsakit jiwa kenang kan gelagat nurse yg menyakitkan hati...