Saturday, December 31, 2011

MOOD KERJA DI TAHUN BARU!!!!!!!!!!

Tahun baru...mooD kerja pun agak kurang laa..tambahan hari hujan
alahai 1/1/2012
.
.
.
asyik tengok jam & menghitung pukul berapa nak balik jer!


UBS pun xada mOOd nak key in laa..banyak lagi account x finalized!kn rajin laa..kan ckit-ckit kena denda!


meja pun berselerak dengan organizer


tengok calendar 2012..survey-survey bila cuti..hahahaha


erm...menghitung jam untuk balik laaa...

Welcome YEar 2012


WELCOME YEAR 2012 & HAPPY NEW YEAR!!!



APA AZAM TAHUN BARU NI???MESTI ADA KAN?
mudah-mudahan azam tahun baru ni akan termakbul..macam tahun-tahun lepas ada jer azam yang xtertunai...

Semalam last day 2011, saya & family xcelebrate pun..dari pagi sampai maghrib saya sibuk berkebun kat halaman rumah baru kami sementara Rizqi tinggal kat rumah dengan nenek & chik..kebetulan my sis ada balik bercuti..jadi dapat la dia jaga Rizqi sementara saya membersihkan halaman rumah baru..

saya pergi sorang-sorang jer memandangkan hubby kerja.saya jangka akan pindah ke rumah baru awal february nie..nak siapkan table top dulu then beli perabot rumah sekadar yang mampu.Rumah baru duit pun kena banyak la habis..xper laaa..Janji kepuasan tu ada sebabnyer rumah ni boleh dikategorikan sebagai rumahku syurgaku.balik kerja penat-penat, rumah la tempat kita bersama hubby & anak.

Di ambang tahun baru, saya & family langgan Ombak Rindu kat Astro First..ok la, tapi xada la best sangat macam yang di war-warkan..entahlaa..setiap orang ada persepsi masing-masing.begitu juga saya & my hubby!!my hubby siap tergelak tgk citer tu..heheheh..tapi ending "tentang Dhia" slot akasia TV3 best..siap tumpah air mata. Iyelah, bila di tanya, "nak mintak cerai @ bermadu.." huhuhuh feeling sebentar tgk citer tu!!itu jer yang dapat saya coretkan pada 1 january 2012 ni..

Last..happy new year..& bye 2011 moga hidup lebih bahagia tahun nie..P:)-

Wednesday, December 28, 2011

mY wishlist

Alhamdulillah..one of my wishlist dah tertunai..boleh refer link kat bawah nie.


http://mazlia-mynewlife.blogspot.com/2011/12/rizqi-mam.html




walau bz macamana & ada masalah macamana sekalipun berkaitan kewangan ni, saya akan pastikan keperluan Rizqi arsyad tertunai....

semalam saya buat operasi supaya buang semua botol susu yang dah melebihi 6 bulan jangka hayatnyer. dan saya hanya nak fokus pada mam bottle sahaja untuk my bby.

Since one of my wishlist dah tertunai, so saya nak fokus kepada barang keperluan rumah pulak lepas nie..pening jugak kepala nak pindah ke rumah baru. tapi saya yakin yang setiap orang akan alami perkara yang sama cuma sabar!!!...

Asyifa & Rizqi with Pop pop & Motor bike

Asifa Humairah

Rizqi & Pop Pop
Wah...Pop Pop Rizqi Yang dibeli oleh ibu & ayah Kat giant KB

Sengeh Jer Si Comel nie!


Motor Bike Pulak..ni kak asyifa punya.saya beli untuk hadiah harijadi asyifa

Nak nangis dah

Dah pandai tengok kamera dah anak ibu!

Milna Rusk

Semalam saya beli Milna Rusk for my baby..puas ati, memang dia suka makan.saya beli perisa oren.pagi tadi sebelum g kerja pun saya kasi makan dulu..some picture my cute boy with Milna Rusk


Aik??? Jatuh tu Sayang


Comotnyer la anak ibu..Ish xboleh jadi, lepas mandi terus kena mandikan balik..xsuka anak ibu comot2..hehehe

Lunch

Today saya, wanis & liza lunch kat Jerteh Kopitiam.



Teh Cintaku..

Wanis menunggu & sabar menunggu


Saya lahh..


Mee kari kami!
Not bad la makanannya. Actually Jerteh xbanyak sangat tempat makan yang best. Since kami xmau pergi jauh coz lunch hour 1 jam sahaja, so saya decide ke kopitiam sahaja.dalam bandar Jerteh & dekat tempat kerja kami.

Tuesday, December 27, 2011

Guess???????


kami dah dapat kunci rumah kami..

Rumah dah 100% siap.
Alhamdulillah..Lepas ni memang kena betol-betol planning..iyelah, rumah baru & semuanya memerlukan duit..ikut rancangan saya mahu pindah rumah baru middle of january or february..tapi kena tengok dulu la macamana.barang-barang rumah banyak lagi xbeli..huhuhu.
budget betol-betol la duit..

6 month imunisasi

Semalam ibu ambik half day disebabkan imunisasi Rizqi Arsyad 6 bulan...
mulanya ayah xconfident bila ibu nak bawak Rizqi sorang-sorang. bukan apa, sebelum ni tiap kali imunisasi mesti ayah ada sekali..tapi semalam ayah bz..ada mesyuarat yang memang xdapat dielakkan..so terpaksa la ibu pergi sorang.



Sebelum Pergi Ibu kena melawa dulu..xoxoxox



Klinik Ibu & Anak..dulu masa preggy saya memang buat rawatan kat sini sepenuhnya walaupun banyak xpuas ati dengan perkhidmatan di sini.


Rizqi.after suntikan..nasib nangis kejap jer..bagus betol anak ibu..

peace!!!




Selapas tu saya direct ke TNB bersama Rizqi coz nak bayar deposit letrik rumah baru kami..hujan lebat lak..

dalam perjalanan..Diam jer dia!

Dah sampai dah TnB kampung Raja

Minum susu dulu sebelum balik...xoxoxoxo

Sunday, December 25, 2011

weekend 23 December 2011

yeay...bila hujung minggu memang saya tunggu coz masa bersama hubby & Rizqi..tambahan sekarang musim hujan, apa lagi aktiviti yang mampu dilakukan melainkan...............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tido di awal pagi..bila saya nak solat subuh, nampak comel pulak diorang tido..apa lagi..hehehehe


SNAP LA... sama tak muka Rizqi & ayah?ramai orang cakap Rizqi ikut muka ayahnya...erm,,,betol kot.tapi ada gak yang sama ngan ibu..keningnya sama macam ibu tau. kening ayah lebat...cuba tgk...



uihhhhh..nyenyak betol tidonya...heheheh. Then, kejut hubby coz kami mau ke rumah kami banyak lagi benda xsettle..


aik???asyifa pun ada??? nanti kita berjiran tau syifa..adik saya amin pun beli rumah area ni..selang 4buah dari rumah saya


ni pandangan rumah kami...mesti dah nampak kan? walker pink...Rizqi punya..actually walker ni atuk Rizqi yang beli..so, dia mana kisah warna apa..janji dapat naik jer..xper la Rizqi, untuk temporary saja..nanti anak ibu dah xperlukan walker lagi kan kan??dah boleh jalan..



my hubby yang rajin



Kesian Hubby bertungkus lumus dia..Ibu xdapat tolong coz jaga Rizqi yang agak lasak sekarang




banyak lagi yang xsettle..halaman kami xsiap lagi..


kami Decide beli rumah ni coz halamannya luas berbeza dengan teres



Rizqi yang lasak & aktif..penat mengejar takut jatuh longkang


Rizqi melawat tapak



after solat jumaat pun kami ke sini lagi..memang penat jugak. excited nak duduk rumah baru.hilang segala penat.tu lah aktiviti kami di hari jumaat..sabtu my hubby kerja..so, tunggu next week pulak la nak datang sini.

Saturday, December 24, 2011

LunCh Hour Khamis 22 December 2011



lunch hour 22 december 2011, saya & wanis keluar untuk melihat progress rumah saya. tapi sebelum tu, kami singgah ke pasar tani dulu coz wanis nak beli groceries.. masa tu peniaga dah nak mengemas dah..ini mengingatkan saya aktiviti semasa kanak-kanak & zaman muda remaja.
saya merupakan anak peniaga pasar tani dulu & selalu ikut ayah berniaga di pasar tani & pasar malam.terutama waktu cuti sekolah...kira saya expert jugak la nak lipat khemah pasar tani & nak mendirikan khemah tu..miss that moments..bila lihat aktiviti peniaga2 nie..rasa sedih pun ada, rindu pun ada. now, ayah saya dah x berniaga pasar tani dah..dia dah buka kedai sendiri kat area bandar jerteh jugak.kedai barang-barang plastik HAJI ABU JAMIL BIN MOHD ZIN.Siapa yang datang jerteh tu, boleh la singgah & cuci mata k...
.

.
;
.
.
.
.
.


some picture peniaga pasar tani selepas selesai berniaga..

lipat khemah..percaya or x yang saya pernah melipat khemah sebegini selepas selesai berniaga??heheh



wanis, setelah selesai membeli



ada jugak peniaga yang belum mengemas barang-barang niaga mereka




aktiviti saya & wanis masa lunch hour khamis berkenaan..after that kami ke rumah saya coz mahu melihat progress rumah saya..dah xsabar nak pindah nie..hahahahah

Wednesday, December 21, 2011

Gaya Rizqi Arsyad tido


Berikut adalah gaya Rizqi Arsyad tido pagi-pagi sebelum ibu pergi kerja..
.
.
.
.
.
.
.


kena selimut dengan toto baru nyenyak dia tido


Cute kan????


Lena Btol!


Tu beg rizqi..ibu kemas barang-barang Rizqi sebelum tinggalkan Rizqi kat nenek..
xxxxx