Monday, April 16, 2012

masak apa hari nie?

Setiap hari mesti saya tanya hubby nak makan apa hari ni? & jawapan hubby mesti "ikut lah, tak tahu lah, ikut pandai lah" tak susah nak jaga my luvly Hubby Encik Yusry nie!! ikut jer apa menu yang si isteri masakkan. Semua dia Ok..favourite dia asam pedas ikan merah laaa...

Tadi pagi saya pergi pasar sorang-sorang. mintak kebenaran dengan boss nak keluar jap beli lauk. biasa kalau pergi pasar baru idea nak masak  tu datang..

Sampai pasar saya beli Udang & Ikan Tongkol..Udang merupakan lauk kegemaran Rizqi. Memang wajib beli. terus pikir ikan tongkol nak masak apa..apa lagi, terus search google..dan saya jumpa resepi ikan tongkol masak serai. macam nak cuba jer untuk menu malam ni!


Saya akui yang sebelum kahwin memang jarang masak. coz mak saya seorang yang rajin memasak. habis menu mak saya masak. sekarang ni pon lepas ambik Rizqi kat rumah mak, ada jer lauk yang mak bekalkan. kalau hari jumaat lagi la banyak menu yang mak saya masak.

Teringat lagi zaman kecil-kecil dulu, balik niaga pasar tani mak terus masuk dapur masak walaupun penat. Bak memang tak makan kat kedai la. kalau malam memang kami sekeluarga utamakan makan sama-sama. memang kami jaga bab tu..sekarang pun saya & suami amalkan macam tu. bila time makan, letak Rizqi atas kerusi & makan sama-sama. moga tradisi ini dapat dikekalkan untuk keluarga saya anak cucu cicit saya di masa akan datang. Insyaallah!!

Sejak kahwin ni memang macam-macam resepi saya cuba. kira dah expert la. paling best pagi pun breakfast suami makan kat rumah..Jadi masuk dapur ni dah jadi hobi bukan beban bagi saya. Rizqi pun memberi kerjasama yang baik bila saya masak. diam jer dia bergurau ngan ayah kat ruang tamu sambil tonton Tv..

xoxoxoxo

Sunday, April 15, 2012

Second baby???


Lately badan saya rasa amat penat & setiap hari mesti teringin nak makan roti canai...setiap malam memang my hubby kena beli roti canai.
encik suami mula syak yang bukan-bukan la mengenai kepelikan tersebut..tapi saya tetap menafikannya..iyelah, Rizqi Arsyad masih kecil..P:)-

Tapi perubahan itu membuatkan saya tak sedap hati & berkira untuk membeli pregnant test hari nie..tapi pagi tadi nak datang jer kerja saya PERIOD!! hahahaha..siap senyum-senyum kat Encik suami menandakan dakwaannya tidak tepat sama sekali..hahahahah

 perubahan itu menandakan saya nak period sahaja & may be terlampau penat dalam menjalankan urusan harian...
xoxoxoxoxo

Rizqi ArsyaD 10 month

Dah agak lama saya tak updated pasal Rizqi Arsyad..maybe kesibukan yang menghalang  ibu untuk berbuat demikian..hari ni mood bertambah..heheheh..
Hari ni umur Rizqi dah masuk 10 bulan 1 minggu 4 hari..bulan depan dah nak masuk 1 tahun dah..sekejap jer kan? memang tak sabar sangat tengok anak ibu besar & sihat seperti baby lain..cukup lah, rasa tersangat ngeri memikirkan bila dalam pantang terpaksa masuk wad bersama Rizqi kat KBMC..rasa tak sanggup dah nak menghadapi saat-saat itu...Yaallah, semoga anak yang saya kandung ini sihat & sempurna macam baby-baby lain..


Some updated about Rizqi Arsyad..

1). Rizqi Arsyad tak merangkak tapi terus berdiri nak berjalan.. Hari tu saya sangat risau bila Rizqi masih tak merangkak. iyalah, umur dah cecah 10 bulan masih lagi meniarap..tapi last week tiba-tiba rizqi dah boleh duduk & bangun..tapi masih jatuh kalau dibiar tanpa kawalan.. situ buat saya happy & excited sangat-sangat. my hubby pun gembira sangat-sangat tengok perubahan tu. rupanya anak saya tak mahu merangkak & nak terus berjalan rupanya!

2). Rizqi dah tumbuh 6 batang gigi.. gigi atasnya besar pulak tu. patut pon selalu gigit ibu & ayah time tidur.

3). Rizqi sangat gemar makan Butter Prawn!.5 ekor sekali makan. hari-hari saya terpaksa masak Butter Prawn untuk Rizqi sampai suami dah naik jemu nak makan menu sama hari-hari..P):-

4).Rizqi seorang anak yang baik & cerdik..hari-hari saya bercakap dengan dia & dia akan pandang jer muka saya bila dengar saya cakap. saya selalu cakap "Rizqi kena belajar rajin-rajin, pandai dalam pelajaran. biar dapat kerja yang elok.bila kita pandai, kerja bagus apa pun kekurangan kita, masyarakat tak nampak dah.." Rizqi tengok jer bila saya cakap macam tu..macam dia faham pulak..

5). waktu saya sembahyang Rizqi mesti datang dengan walker & duduk kat sebelah saya. bila saya berdoa "YaAllah, kau bantu lah aku & suami untuk membesarkan zuriat yang kau berikan ini. kami tak mampu nak membesarkannya tanpa bantuan kau" Rizqi mesti pandang muka saya. sebab saya baca doa tu kuat untuk anak saya dengar. kadang-kadang bila air mata ibu menitik memohon petunjuk, Rizqi mesti datang dekat. sebab tu lah ada kenalan mengatakan yang baby ni dia cepat faham melalui perbuatan ibu bapa.

6). Berat badan Rizqi meningkat sekarang ni. iyalah makan banyak & susu pulak kurang sekarang.

7). Yang paling saya terharu, Rizqi dah pandai Sebut IBU! perkataan pertama dari mulut yang dia boleh sebut. Syahdu jugak la. sampai ayahnya jeles..heheheh.

8).Rizqi dah pandai melambai ayah bila ayah cakap "babai" memang spontan lambai ayahnya.

 

Last sekali saya & suami mengharapkan yang terbaik buat Rizqi & selalu mendoakn yang terbaik buat putera sulong kami ini..
 Nampak gayanya ibu kena shopping baju Rizqi nie, iyalah baju banyak yang dah ketat disebabkan oleh pertambahan berat badan anak ibu!!

 Suka pakai topi yang kami beli kat pasar tani kuala Besut!

Love u dear!

Memory-Choo & Co

Semalam bila keluar dengan Sue pergi exam sama-sama, mula kembali ingatan semasa saya berada di Choo & Co.. saya amat rindu saat berada di Kb bersama kawan-kawan yang baik seperti Marsuriati, Nurul, Azma..memang rindu sangat-sangat detik tu..tapi apakan daya..sampai satu tahap kita kena redha la...

saya godek-godek picture kat fb, hanya picture pergi Bangkok jer yang ada..nanti yang lain kena scan..ada masa insyaallah saya akan masukkan dalam blog saya untuk tatapan pembaca..

 Ni picture saya bersama staff Choo & co dan Twinstar Management..sebelum bertolak ke Bangkok Thailand..ni masa kat LCCT..

 Ni picture saya bersama Senior yang paling best in the world-Miss Chan..
memang sporting sangat..really miss u dear!!

 Saya & Nurul kat Zoo Bangkok..kawan baik yang tak akan saya lupa sampai bila-bila..banyak jugak la masalah yang kami share bersama...



 masa mula-mula kat Airport Suvarnabumi. With my BFF Marsuriati...P:)- Sue mesti marah kalau upload picture ni disebabkan sekarang dia dah lain & nampak elegance!! Kee, Lie & Joe bersama kami masa ni..

saya & Lie (hasli)..alamak..badan gemoks la..lagi besar dari patung tu...sini memang gelaks sakan la masa nak snap picture disebabkan badan kami yang lebih dari gambar..hahaha.

Lastly..miss u guys!sampai satu tahap kita kena move on.. & semuanya dah jadi kenangan kan?? apapun & dimana pun saya berada, siapa pun saya, tak pernah lupa korang semua..memang beruntung sangat kenal korang & bertuah pernah jadi ahli Choo & co..P:)-

Saturday, April 14, 2012

Exam JuruaUdit W41-Hotel New Pacific KB

Semalam 14/4/2012 saya exam JURUAUDIT kat Hotel New Pasific Kota bharu..
yang bestnya saya dapat exam tu dengan My BFF Marsuriati Marzuki.
Lagipun kami dah lama tak keluar sama-sama. Last keluar masa saya belum kahwin dulu! tapi kami lupa pulak nak ambik gambar sama-sama..jadi saya terpaksalah upload picture nie untuk imbas bali kenangan kami..




semalam pun saya ada bagitahu Sue yang saya rindu suasana bekerja kat Kota Bharu dulu & harap sangat agar kami dapat bekerja di bawah satu bumbung macam dulu..Moga doa dan impian kami dipermudahkan oleh yang Maha Kuasa..
Ameenn!!!

Exam habis lebih kurang pukul 2.00 p.m..lepas solat kami ke Bandar Kota Bharu..Lunch kat kedai nasi Ayam Mualaf..agak muak & tak habis pun makan nasi ayam kat situ..TQ tu sue coz belanja saya Lunch..

Lepas tu kami ke kedai mainan kat depan tu, beli mainan kat Rizqi, Train Thomas & Friends.. tapi Rizqi menangis tengok train tu sebabkan mata Train terjenggil bila dimainkan..hahahah..dia takut...last-last jadi koleksi dalam kereta ibu!..

After that, kami ke Ozel KB..Sue nak beli Kerongsang!!
saya memang tak pernah tahu pun kat KB ada kedai kerongsang sebegitu..merelip-relip..kedai tu baru jer buka..maybe dalam 3-4 tahun nie..dulu masa saya menetap kat Kb kedai tu tak ada lagi..memang mabuk la masuk kedai tu. tak tahu nak buat pilihan yang mana. Sue pulak yang memang terkenal ngan ketawanya mula la mengilai tak henti-henti..P:)- saya kata kat sue, andai kita dapat jawatan Juruaudit yang kita exam tu insyaallah kita datang shopping kerongsang kat Ozel ni!

Lepas tu kami bergerak balik..iyelah, Rizqi dari pagi ditinggalkan..mesti Rindu sangat kat My Lil BOY!!sebelum tu beli pulak nasi kerabu golok OTW nak balik tu.. beli Tapau kat My hubby & My mum..Singgah beli ayam goreng EDlee lagi.. huhuhu..kalau g KB memang tak boleh elak dah..mesti banyak beli makanan..bagi saya KB adalah syurga makanan..saya sangat Rindu kehidupan di Kb seperti dulu..moga Rezeki saya untuk bekerja di Kb ada..

Sampai pasir puteh, saya ajak sue teman saya beli pasu & bunga untuk rumah saya kat bandar pasir puteh..memang murah..Insyaallah, gaji ni nak pergi lagi kedai tu..berbeza dengan Jerteh..2-3 kali ganda jugaqk harganya....

then balik rumah dengan penatnya..