Monday, June 18, 2012

Happy 2nd Anniversary 14.6.2012

Selamat menyambut hari Ulangtahun perkahwinan yang ke-2 sayang...
Sedar tak sedar dah 2 tahun saya bergelar isteri kepada Mohd Yusry Mat Yusof, ibu kepada sorang anak yang berusia 1 tahun (Rizqi Arsyad)...
moga perkahwinan kami kekal ke akhir hayat & kami dimurahkan rezeki & diberi kebahagiaan sampai ke hujung nyawa...


Saya & suami seperti pasangan-pasangan yang lain..kami hidup dalam serba sederhana..tiada kekayaan yang mengiringi..salah faham dalam hubungan suami isteri tu masalah biasa bagi kami. kami bahagia dalam membesarkan zuriat kami..sumber rezeki tu alhamdulillah..sentiasa ada mengiringi kami saat kesusahan...


Happy 2nd anniversary my dear hubby..luv u so muCH

Rizqi dah 1 tahun 2 minggu...

Dah banyak sangat yang saya terlepas nak updated!
salah satunya pasal my Cute Son Rizqi Arsyad..
nothing much, cuma nak citer kat sini yang Rizqi dah menjangkau ke umur 1tahun pada 29.5.2012...sekejap jer kan??tahun lepas, 29.5.2011 saya mengalami kesakitan untuk melahirkannya & sekarang ni 1 tahun dah berlalu...kadang-kadang rindu untuk alami proses mengandung tu..tapi tunggu lah..biar Rizqi besar sikit & pendapatan kami sekeluarga stabil dulu!!!

some updated pasal Rizqi Arsyad!
1). Rizqi dah boleh berjalan selangkah..dia macam belom confident..selangkah jer then terus duduk...
2). Rizqi dah boleh bercakap..contoh bila dia buat sesuatu & saya cakap "JANGAN" dia akan sebut "jangan" jugak.
3). Rizqi suka panjat kerusi & sofa..oleh kerana itu saya & suami memang tak tinggal dia sorang-sorang kat luar.takut jatuh...kalau nak solat or mandi kami terpaksa bergilir-gilir la jaga.
4). Rizqi sangat suka tengok rancangan TV 601=Oh My English!! nak suruh dia diam kena buka channel tu..
5)koktail merupakan makanan kegemaran Rizqi...kalau tak puas makan dia akan menangis tak ingat dunia...

itulah serba sedikit updated tentang Rizqi bila umur dah mencecah setahun...tapi kami hepi, kami puas dengan kaletah anak kami..love u my dear Son!

Semoga anak ibu jadi orang yang berguna di kemudian hari..Ayah & ibu selalu mendoakan yang terbaik buat Rizqi...Ameennnn

Sunday, June 17, 2012

Happy Father's Day!

bersempena hari bapa, ibu & Rizqi celebrate la ckit...semalam memang saya balik lambat disebabkan ada tugasan yang kena disiapkan di Office. Ingat memang ingat tentang Father's Day..tapi masa tak mengizinkan saya untuk masak kat my luvly hubby semalam. Jadi saya decided untuk tapau saja!!!!

Sementara menunggu ibu siapkan makanan, Si kecik yang lasak ini terus melakukan beberapa aktiviti pembinaan seperti biasa yang kadang-kadang membuatkan ibu agak tension!!! huuuuhhhhh...ni beberapa aksi si kecik ni.
.
.
.
.
.

ni pulak aksi ayah yang memang dah tak larat nak kutip anak teruna kami..last-last ayah diam & buat pekakkan telinga & butakan mata saja.

ni aksi Rizqi setelah selesai sepahkan garam, gula, ajinomoto & lain-lain..tengok lah muka tak bersalahnya!!!

ni pulak muka geram bila tak dapat camera!!




aik??sambung sepahkan lagi???aduss..hari-hari memng ibu terpaksa kemaskan benda yang sama2-3-4 kali!
itulah Rizqi...penghibur hati kami...penat pon nak buat macamana..anak semakin membesar!!
macam tu la..saya yakin, kawan-kawan yang mempunyai anak akan alami situasi seperti saya!!
kembali kepada celebrate ayah..ibu & Rizqi belikan makanan ni untuk ayah...
.
.
.
.
.
.
.
.

Sate & mini Pizza!!
maaf ayah, hanya ini yang ibu mampu memandangkan ibu penat teramat semalam..
Rizqi pun enjoy makan sate semalam..nanti bila ada rezeki lebih, insyaallah kita celebrate pulak ok!!!!!
&
Lastly...

Dad,
For all those times
i left it unsaid...
Thank You.
Thanks for being there for me..
For showing me the way...
For being patient with me even when i made it difficult for you...
For believing in me & encouraging me to dream...
and being such an inspiring presence in my life.

happy father's Day dear...
Luv u so much..from Rizqi & ibu...muahhhh


Saturday, June 16, 2012

Cameron HighlandS 1.6.2012-3.6.2012

Dah lama tak updated blog..hari ni saya bersemangat sikit nak menulis di laman blog saya ni. kadang-kadang mood tu ada tapi masa pulak yang tak mengizinkan untuk terus mencoret di sini. kali ni saya nak bercerita tentang percutian ke Cameron Highlands bersama family. walaupun agak lambat tapi saya nak jugak post pasal percutian nie..

kami ke Cameron pada jumaat 1 june 2012. dari kampung bertolak 3 buah kereta coz kakak saya yang sulong balik ke kampung sempena cuti sekolah.kakak saya yg 2nd dari KL tunggu kat sana.memang happy jugak la pagi tu. yang tak bestnyer jem giler kat Cameron. kami ambik iktibar yang lain kali kami tak akan pergi vacation time cuti sekolah.tak banyak tempat yang dapat kami pergi disebabkan masalah tersebut. lagipun Rizqi & asyifa kecik jadi tak boleh nak lasak sangat..ialah budak2 nie. tu pun Rizqi kena selsema..risau saya. nasib tak demam..

gambar ni kami snap kat ladang teh..nak bergambar pon tak ada mood disebabkan penat & lapar..

Rizqi & ayah kat Mardi..kami beli jugak pokok kat sini untuk penuhkan halaman rumah kami yang tak berapa penuh lagi..sepanjang kat sana, saya & hubby memang decide tak mau bershopping sangat macam adik beradik kami yang lain..iyelah...nanti beli banyak2 gaji lambat lagi nak masuk, kan semua tu mendatangkan masalah kepada kami nanti..

inilah Rizqi arsyad yang tak mau tido sepanjang pergi sana..kami ke sana 3 hari dua malam. masa mula2 sampai sana, mungkin terlampau seronok @ first time pergi bercuti, budak ni tak mau tido sampai pukul 2.30 pagi..padam lampu pon dia merangkak lagi dalam gelap nak keluar ke ruang tamu..sambil mengilai dengan abang Iman Danish..masa tu pulak, saya demam. my hubby pulak dah selamat tido...kesudahannya Rizqi jatuh katil & melalak tak hengat dunia barulah dia tido dengan tangisnya..kesian anak ibu..tu lah, sape suruh aktif??????

mau pulang sudah...saya gemuk??ramai tanya saya pregnant pula ker? tak..saya gemuk,,,
heheheheh

kakak, kak Chik & abg Iman
Rizqi Arsyad

kak Asyifa Umairah...

Enjoy bila dapat bercuti...tapi sekejap jer!!!!