Wednesday, March 28, 2012

Rizqi & bicycle

Semalam saya beli basikal baru kat Rizqi..
ni picture-picture Rizqi dengan basikal baru!!!


Bila dah boring naik basikal mula lah nak buka radio THR gegarnyer!!!

Biasa dia lah yang paling suka kat camera..pantang nampak saya nak snap pic mesti senyum..tapi yang ni langsung tak mau tengok..nak pandang muka ayah jER


Akhirnya pandang jugak tapi tak senyum disebabkan mood yang kurang ok ...huhuhuhu


Monday, March 26, 2012

Lunch TodaY

Biasanya Lunch hour saya tak makan disebabkan dah breakfast dengan hubby pada pagi tu.. waktu lunch biasa saya habiskan bersama officemate kat Pantai Timur Jerteh jer. Jalan-jalan beli grocery then cuci-cuci mata. But, lain pulak hari ni.. Hari ni tepat jer jam 1 p.m, my Officemate call & ajak lunch sama. Saleha & iwan.. Diorang dari site, so kami jumpa kat destinasi yang dijanjikan..tengah-tengah bulan ni kami decide nak Lunch tempat yang memang agak famous la kat Jerteh.. Famous dengan kemurahannya..heheheh
mana lagi kalau tak ke..............
.
.
.
.
.
.
Ni dia!!! kedai Nasi ayam RM1.90. hujung-hujung bulan sape nak budget datang sini la.. Selamat Duit Iwan, baru jer rase nak pau dia lunch hari tu, tIba-tiba tengah kami menjamu selera datang AH Long, Supplier yang supply Pasir & Crusher Run untuk site kami. dia yang belanja kami hari ni.tak pe wan, lain kali ada lagi kan???
Nasi Ayam dia best jugak la. Tapi my hubby dah jemu nak makan sini. agaknya dia dah selalu kot makan kat sini masa muda remaja dulu dengan ex-aweks ker!! hehehe. jauh pulak melencongnyer! Tapi saya memang suka nasi ayam kat sini, murah & serve cepat. kedai ni dah lama buka kat Jerteh nie. masa zaman sekolah dulu lagi..Sape-sape yang kebetulan datang Jerteh boleh la try makan nasi ayam Rm1.90... rase sama jer dengan nasi ayam RM4.00.

BABY BOTTLE

Sebelum ni saya ada post entry pasal my baby & botol susu mam..
boleh refer link ni
Pasal mam bottle lagi. Kat jerteh tak ada jual botol susu brand mam ni, kalau nak beli saya terpaksa order online. hari tu, saya try beli botol susu anakku & pureen kat my baby. hasilnya agak membazir la disebabkan my baby hanya mahu mam bottle. botol dia tak kisah, teat yang jadi masalahnyer. siap menanges tak mahu. Rizqi kecil-kecil dah demand. haissshh!!!

Jadi sekarang ni saya hanya gunakan "mam" sahaja.
actually saya dapat tahu pasal mam bottle ni melalui kawan saya. anak dia pun tak mahu bottle lain. teat mam ni lembut & saya guna sejak Rizqi dalam pantang lagi. Maybe dia tak biasa guna botol lain itu yang jadi masalahnya.

Lagi satu, aliran puting susu mam ni slow yang dapat mengelakkan baby tersedak susu. puting biasa walau size S, aliran agak laju. saya pun bimbang nak bagi Rizqi.

Last saya pesan kat my sista kat KL tolong belikan teat untuk Rizqi..Teat memang selalu kena tukar. sape tahu kedai-kedai kat Jerteh ni yang jual teat Mam?? kesian my son. Bila teat Rosak susah nak cari!!!huhuhuhuhu

Sunday, March 25, 2012

Rizqi Arsyad New HaiR StyLe

2 minggu lepas, saya & suami buat sesi hair cut rambut Rizqi.


prosesnya makan masa 2 jam! tak expect pon nak botakkan kepala dia.


Tapi memandangkan kami tak pernah cukur rambut dia sampai licin sejak dia di lahirkan, so encik suami merancang kearah botak tersebut!!


susah jugak, my baby bukan reti dok diam..siap melalak lagi..may be dia dah mula rasa gatal-gatal kot.ialah kulit baby ni sensitif!!


tapi bila dah siap tu, aktif xhengat dunia..siap pecah pasu ibu!!erm..Rizqi! Rizqi!





See!! budak Botak yang Super Aktif!!


mata dah ngantuk tapi tetap bertahan nak main-main dengan ayah





Ibu..Rizqi masih segar bugar & bersedia untuk bergambar laa








Di subuh hari bersama ayah..Sebelum ke Rumah nenek









Tapi sekejap jer rambut Rizqi botak.sekarang dah ada rambut balik..seminggu jer!! tapi tu pertama & last kot saya bagi hubby cukur rambut Rizqi..Gerun la memikirkannya..ialah, ubun baby nilembut.agak seriau saya..

hehehehe










weekend 24 mac 2012-masak-masak

sabtu 24 mac, encik suami kerja. saya & Rizqi kat rumah..

bila boring terus masuk dapur siapkan menu dinner hari tu.

saya & suami jarang makan kat luar. penat macamana pun bila balik kerja saya akan masuk dapur. akan masak walaupun simple!!


Bila kita masak rasa confident tu ada..especially kebersihan la. lagipun encik hubby memang tak suka nak makan kat luar kecuali celebrate birthday ker, anniversary ker. saya sendiri pun macam tak berselera sangat kecuali bila saya tahu betul-betul kesedapan sesuatu makanan tu.


sebelum saya masak untuk dinner, petang tu saya mencuba resepi baru untuk minum petang encik suami..memandangkan kulit popia yang dibeli oleh encik suami banyak lagi, so saya try buat samosa black pepper. resepi ni saya dapat idea bila saya makan karipap black pepper yang digemari oleh boss saya..resepinyer senang jer. campak-campak jer.



inti samosa black pepper yang telah dimasak. saya letak daging. encik suami memang suka. ni membuatkan saya semakin rajin untuk memasak!!hehe P:-)






Ni samosa yang telah siap digulung berbentuk popia.. saya tak pandai lagi nak gulung bentuk 3 segi.. nanti percubaan lain kali saya gulung bentuk 3 segi pulak..




Untuk dinner pulak saya masak lauk kegemaran encik suami bersama nasi tomato..gambar nasi tomato saya lupa pulak nak snap!













ni dia lauk kegemaran my hubby! asam pedas. asam pedas ni saya guna ikan kerisi. Thanks to saleha coz bagi saya resepi ni. my hubby siap request nak suruh masak lagi..Insyaallah..panjang umur saya akan masak lagi asam pedas untuk suami.





Lauk ke-2:-




Daging dinding!! yang ni saya ambik resipi dari my AunT.. kami makan bersama nasi tomato untuk dinner malam tu..hancur lah diet kan??hehehe.. yang paling penting kami bahagia..P:)-



































































Thursday, March 22, 2012

hOme made popia

2 hari lepas...masa keluar cuci mata kat pantai timur Jerteh,
teringat kat kulit popia yang dibeli oleh encik suami beberapa minggu lepas..
dah lama dalam freezer.. kesian la pulak coz xhargai apa yang encik suami beli kan???

hehehe!!!!

saya pun beli bahan-bahan untuk buat inti popia:
1.udang
2.kubis
3.tauge

malam terus godek-godek google nak buat popia..after dinner terus masak intinya melalui panduan google..buat untuk breakfast pagi tu khas untuk encik suami tercinta!

then..
.
.
.
.

inilah hasilnya...


proses gulung popia tak aderlah cantik sangat maklum lah first time saya belajar buat popia nie..
ada satu yang buncit antara popia-popia nie..suami siap usik pagi tu..agaknyer lah yang buncit nie yang last kot coz dah malas kan???
hahahah..tapi yang buncit tu la dia makan dulu coz dia cakap nak makan banyak udang!!!
P):-

Sunday, March 18, 2012

Majlis Perkahwinan my sista Chik Lin

Lama betol saya tak updated blog nie!! entah lah..mood nak tulis blog agak dingin lately.. may be busy dengan tugasan rumah & my cute little boy arsyad!!!


Ok, entry kali ni nak citer pasal my dear sis, Mazlin abu jamil selamat diijabkabulkan pada isnin 12 mac 2012 bersamaan 19 Rabiul akhir 1433 H.


Majlis akad nikah diadakan di masjid kayu seberang Jerteh!!!

Alhamdulillah!!

majlis berjalan lancar seperti yang dirancang..syukur pada yang esa!





CUTE!!!

Rizqi & Kak Chik kat masjid kayu seberang Jerteh!!

My sis!! tengah tunggu majlis akad nikah selesai!





My Brother in Law- LeeFaisal








To my dear sis Mazlin Abu Jamil, enjoy your life as a wife!! we always pray for your happiness