Wednesday, December 26, 2012

malam yang hening



sekarang ni musim hujan... Jadi bila malam kami hanya duduk di tangga rumah sahaja.

menikmati udara malam
.
.
.
.
 

ni pulak si kecil nie...yang kepuasan tak tahu nak buat apa..kesian anak ibu....

Dunia Baru, Alam Baru, Rakan Baru

Alhamdulillah...doa saya dan suami di makbulkan Allah...penghujung December saya dapat tawaran berkhidmat dengan kerajaan di bawah kementerian pelajaran malaysia....
6 December 2012 Last day saya kat Sama Pelangi Sdn. Bhd....Banyak kenangan selama 5 tahun berkhidmat di sana...

8 haribulan saya &family bertolak ke Kuala Lumpur. 10hb saya lapor diri di putrajaya...11 hb saya Lapor diri di Jabatan pelajaran Terengganu & 12hb saya lapor diri di tempat saya berkhidmat sekarang...
huhhhuhhhu....penat memang la tak terkata. ayah saya xsehat tapi sanggup ikut ke putrajaya..






Sekarang ni saya cuba sesuaikan diri di suasana baru ni...alhamdulillah, dapat kawan-kawan yang ok...moga diberkati selalu...

i will miss this scenery

19 November 2012, saya dapat berita yang menggembirakan saya..saya dapat tawaran untuk berkhidmat dalam government bahagian kewangan dan lantikan Tetap...syukur, rezeki diambang umur memasuki angka 30 tahun....

sebelum tu kami sekeluarga dikhabarkan dengan berita sedih, Biras saya meninggal disebabkan lemas di Pantai bukit Keluang Besut pada 16 november dan mayat dijumpai pada 18 november...

bila dapat tawaran dari government, kepenatan melanda...Setiap hari saya akan balik lewat bermula 3 minggu dari tarikh lapor diri...Kesian Rizqi Arsyad, malam baru jumpa ibu. makan pun xsempat...Alhamdulillah kerja dapat diselesaikan walaupun ada yang tersilap gak...memandangkan masa tu hanya saya sorang staff pejabat, saya cuba buat yang terbaik...

 picture Arsyad di desktop



 View ofis lama


  view ofis lama


Sedih juga bila difikirkan...tapi sampai satu tahap kita kena move on...
sejak dari itu bermula la hidup baru saya sebagai kakitangan kerajaan...
xoxoxoox




BANJIR LANDA PANTAI TIMUR

Bersempena Christmas, besut dilanda banjir....saya pula sudah lama tak menulis blog disebabkan teramat busy disebabkan hari tu saya resign dan masa memang dihabiskan sepenuhnya untuk menyiapkan kerja-kerja yang berlambak di pejabat lama...


Sekarang ni pula saya cuba untuk rasikan diri di tempat kerja baru..tapi ni saya nak cerita pasal banjir di pantai timur dulu..minggu ni cukup malas nak datang keja disebabkan rehat yang tidak mencukupi..25 december bersempena dengan Christmas Day, paras air sungai Jertih naik & mengakibatkan kereta Waja adik lelaki saya rosak  teruk di tenggelami air...Nasib baik adik saya & anak perempuannya Nur Asyifa Humairah selamat...kereta pun dah siap dibaiki.masa tu adik saya nak pergi jemput isterinya kat Hospital Besar jerteh...adik ipar saya bertugas petang time tu...pukul 9.00 malam habis shift kerjanya...Suami saya minta pertolongan kawannya untuk mendapatkan khidmat lori tunda.