Monday, October 15, 2012

Dinner 15 October 2012

semalam, kami dinner lambat sikit dari biasa. saya balik kerja lambat & lauk pun belum saya keluarkan dari freezer. Tapi yang pastinya kami makan sebelum drama bersiri Adam dan Hawa bermula. Menu saya setiap hari mestilah lauk kegemaran suami. Saya suka kalau dia makan banyak. Tapi suami saya ni jenis yang tak naik berat badan, makan memang banyak tapi kurus jugak. sekarang saya tengah survey vitamin untuk suami saya tu. Berbalik pada cerita dinner kami, menu kami semalam ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KARI IKAN!!!!
 
disebabkan lambakan bendi & terong hasil tanaman en suami kat halaman rumah kami, maka saya masukkan ke dalam kari ikan. bercakap pasal kari, ramai yang suggest rempah kari ikan BABAS kat saya. my MIL pun cakap rempah BABAS sedap, tapi, setiap orang ada citerasa masing-masing. saya lebih gemar rempah kari ikan, rempah kari ayam adabi..kalau guna rempah lain macam tak jadi jer gulai saya.



saya bukannya penggemar sayur-sayuran & ulam-ulaman. tapi bila dimasukkan ke dalam gulai macam ni, saya boleh makan. & saya bertekad untuk makan sayur dah selepas ni kerana saya manghadapi masalah pencernaan sikit..P:)-

Ini merupakan Lauk ke-2 kami semalam dan juga merupakan Request dari Encik suami

.
.
.
.
.
.
.
.
Peria Goreng

Buah peria ni diberi oleh jiran kami Kamarul. jadi hubby suruh saya goreng. untuk elak pahit peria, saya goreng bersama ikan bilis & udang...memang jadi kurang pahitnya. dan pagi nie saya tengah pikirkan menu apa pulak malam ni. malam ni kena masak awal coz en suami ada meeting jiran tetangga kawasan taman perumahan kami malam ni jam 9.00 malam.

No comments:

Post a Comment