Sunday, October 14, 2012

Lala for my hubby

 Sebenarnya citer ni dah lama..dah beberapa minggu yang lepas..tapi saya tidak berkesempatan untuk share di sini. Hari ni mood untuk menulis blog datang, tanpa buang masa saya taip la. sebelum malas datang balik...P:-)

Cerita biasa sahaja iaitu tentang makanan kegemaran suami saya.masa jalan-jalan kat pasaraya sorang diri waktu Lunch hour, saya terpandang LALA...teringat kata-kata my hubby.
"abg masa kat shah alam dulu kalau masuk kedai makan, ada jer lauk Lala, abg xkan pandang dah lauk lain. Lala manis isi dia"
apa lagi, terus la beli.saya masak petang tu balik dari kerja..


 saya masak Lala serai berlada, resepi Biras saya, Abg Nizam.tapi saya buat berkuah. Hubby suka yang ada kuah..dia kurang gemar yang kering.Tu lah hasilnya.untuk elak hanyir saya masukkan daun kari. Rizqi pun suka makan. memang puas hati la..hubby pulak cakap "bertuah aku dapat bini, bersungut jer terus dapat makan" hahahaha..puji ada makna ka????

Dan Rezeki saya jugak hari tu, bukan mengidam tapi dah lama teringin nak makan Ikan percik. dah memang plan nak belajar masak dengan mak saya. mak saya memang terror bab masak sampai suami saya & abg ipar naik kembung bila semua berkumpul...iyelah, nasi minyak, nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak, laksa & lontong menu pagi...tengahari dia akan masak yang lain pulak...malam menu lain pulak. memang kenyang la.pagi2 masa tinggal rumah mak dulu sebelum g kerja biasa sarapan pagi memang makanan berat la. mak dah sediakan pagi2 lagi. sampai sekarang saya terpaksa ajar suami untuk amalkan makanan berat pagi-pagi supaya xlapar...


Ini dia ikan percik yang mak saya kirim kat adik saya..memang sedap laa..rizqi memang makan la apa saja masakan nenek dia coz dia membesar dengan nenek dia..saya rasa nak belajar buat ikan percik ni coz tak pernah lagi buat untuk hubby
xoxooxoxo

No comments:

Post a Comment