Monday, April 16, 2012

masak apa hari nie?

Setiap hari mesti saya tanya hubby nak makan apa hari ni? & jawapan hubby mesti "ikut lah, tak tahu lah, ikut pandai lah" tak susah nak jaga my luvly Hubby Encik Yusry nie!! ikut jer apa menu yang si isteri masakkan. Semua dia Ok..favourite dia asam pedas ikan merah laaa...

Tadi pagi saya pergi pasar sorang-sorang. mintak kebenaran dengan boss nak keluar jap beli lauk. biasa kalau pergi pasar baru idea nak masak  tu datang..

Sampai pasar saya beli Udang & Ikan Tongkol..Udang merupakan lauk kegemaran Rizqi. Memang wajib beli. terus pikir ikan tongkol nak masak apa..apa lagi, terus search google..dan saya jumpa resepi ikan tongkol masak serai. macam nak cuba jer untuk menu malam ni!


Saya akui yang sebelum kahwin memang jarang masak. coz mak saya seorang yang rajin memasak. habis menu mak saya masak. sekarang ni pon lepas ambik Rizqi kat rumah mak, ada jer lauk yang mak bekalkan. kalau hari jumaat lagi la banyak menu yang mak saya masak.

Teringat lagi zaman kecil-kecil dulu, balik niaga pasar tani mak terus masuk dapur masak walaupun penat. Bak memang tak makan kat kedai la. kalau malam memang kami sekeluarga utamakan makan sama-sama. memang kami jaga bab tu..sekarang pun saya & suami amalkan macam tu. bila time makan, letak Rizqi atas kerusi & makan sama-sama. moga tradisi ini dapat dikekalkan untuk keluarga saya anak cucu cicit saya di masa akan datang. Insyaallah!!

Sejak kahwin ni memang macam-macam resepi saya cuba. kira dah expert la. paling best pagi pun breakfast suami makan kat rumah..Jadi masuk dapur ni dah jadi hobi bukan beban bagi saya. Rizqi pun memberi kerjasama yang baik bila saya masak. diam jer dia bergurau ngan ayah kat ruang tamu sambil tonton Tv..

xoxoxoxo

No comments:

Post a Comment