Sunday, April 15, 2012

Rizqi ArsyaD 10 month

Dah agak lama saya tak updated pasal Rizqi Arsyad..maybe kesibukan yang menghalang  ibu untuk berbuat demikian..hari ni mood bertambah..heheheh..
Hari ni umur Rizqi dah masuk 10 bulan 1 minggu 4 hari..bulan depan dah nak masuk 1 tahun dah..sekejap jer kan? memang tak sabar sangat tengok anak ibu besar & sihat seperti baby lain..cukup lah, rasa tersangat ngeri memikirkan bila dalam pantang terpaksa masuk wad bersama Rizqi kat KBMC..rasa tak sanggup dah nak menghadapi saat-saat itu...Yaallah, semoga anak yang saya kandung ini sihat & sempurna macam baby-baby lain..


Some updated about Rizqi Arsyad..

1). Rizqi Arsyad tak merangkak tapi terus berdiri nak berjalan.. Hari tu saya sangat risau bila Rizqi masih tak merangkak. iyalah, umur dah cecah 10 bulan masih lagi meniarap..tapi last week tiba-tiba rizqi dah boleh duduk & bangun..tapi masih jatuh kalau dibiar tanpa kawalan.. situ buat saya happy & excited sangat-sangat. my hubby pun gembira sangat-sangat tengok perubahan tu. rupanya anak saya tak mahu merangkak & nak terus berjalan rupanya!

2). Rizqi dah tumbuh 6 batang gigi.. gigi atasnya besar pulak tu. patut pon selalu gigit ibu & ayah time tidur.

3). Rizqi sangat gemar makan Butter Prawn!.5 ekor sekali makan. hari-hari saya terpaksa masak Butter Prawn untuk Rizqi sampai suami dah naik jemu nak makan menu sama hari-hari..P):-

4).Rizqi seorang anak yang baik & cerdik..hari-hari saya bercakap dengan dia & dia akan pandang jer muka saya bila dengar saya cakap. saya selalu cakap "Rizqi kena belajar rajin-rajin, pandai dalam pelajaran. biar dapat kerja yang elok.bila kita pandai, kerja bagus apa pun kekurangan kita, masyarakat tak nampak dah.." Rizqi tengok jer bila saya cakap macam tu..macam dia faham pulak..

5). waktu saya sembahyang Rizqi mesti datang dengan walker & duduk kat sebelah saya. bila saya berdoa "YaAllah, kau bantu lah aku & suami untuk membesarkan zuriat yang kau berikan ini. kami tak mampu nak membesarkannya tanpa bantuan kau" Rizqi mesti pandang muka saya. sebab saya baca doa tu kuat untuk anak saya dengar. kadang-kadang bila air mata ibu menitik memohon petunjuk, Rizqi mesti datang dekat. sebab tu lah ada kenalan mengatakan yang baby ni dia cepat faham melalui perbuatan ibu bapa.

6). Berat badan Rizqi meningkat sekarang ni. iyalah makan banyak & susu pulak kurang sekarang.

7). Yang paling saya terharu, Rizqi dah pandai Sebut IBU! perkataan pertama dari mulut yang dia boleh sebut. Syahdu jugak la. sampai ayahnya jeles..heheheh.

8).Rizqi dah pandai melambai ayah bila ayah cakap "babai" memang spontan lambai ayahnya.

 

Last sekali saya & suami mengharapkan yang terbaik buat Rizqi & selalu mendoakn yang terbaik buat putera sulong kami ini..
 Nampak gayanya ibu kena shopping baju Rizqi nie, iyalah baju banyak yang dah ketat disebabkan oleh pertambahan berat badan anak ibu!!

 Suka pakai topi yang kami beli kat pasar tani kuala Besut!

Love u dear!

No comments:

Post a Comment