Saturday, June 16, 2012

Cameron HighlandS 1.6.2012-3.6.2012

Dah lama tak updated blog..hari ni saya bersemangat sikit nak menulis di laman blog saya ni. kadang-kadang mood tu ada tapi masa pulak yang tak mengizinkan untuk terus mencoret di sini. kali ni saya nak bercerita tentang percutian ke Cameron Highlands bersama family. walaupun agak lambat tapi saya nak jugak post pasal percutian nie..

kami ke Cameron pada jumaat 1 june 2012. dari kampung bertolak 3 buah kereta coz kakak saya yang sulong balik ke kampung sempena cuti sekolah.kakak saya yg 2nd dari KL tunggu kat sana.memang happy jugak la pagi tu. yang tak bestnyer jem giler kat Cameron. kami ambik iktibar yang lain kali kami tak akan pergi vacation time cuti sekolah.tak banyak tempat yang dapat kami pergi disebabkan masalah tersebut. lagipun Rizqi & asyifa kecik jadi tak boleh nak lasak sangat..ialah budak2 nie. tu pun Rizqi kena selsema..risau saya. nasib tak demam..

gambar ni kami snap kat ladang teh..nak bergambar pon tak ada mood disebabkan penat & lapar..

Rizqi & ayah kat Mardi..kami beli jugak pokok kat sini untuk penuhkan halaman rumah kami yang tak berapa penuh lagi..sepanjang kat sana, saya & hubby memang decide tak mau bershopping sangat macam adik beradik kami yang lain..iyelah...nanti beli banyak2 gaji lambat lagi nak masuk, kan semua tu mendatangkan masalah kepada kami nanti..

inilah Rizqi arsyad yang tak mau tido sepanjang pergi sana..kami ke sana 3 hari dua malam. masa mula2 sampai sana, mungkin terlampau seronok @ first time pergi bercuti, budak ni tak mau tido sampai pukul 2.30 pagi..padam lampu pon dia merangkak lagi dalam gelap nak keluar ke ruang tamu..sambil mengilai dengan abang Iman Danish..masa tu pulak, saya demam. my hubby pulak dah selamat tido...kesudahannya Rizqi jatuh katil & melalak tak hengat dunia barulah dia tido dengan tangisnya..kesian anak ibu..tu lah, sape suruh aktif??????

mau pulang sudah...saya gemuk??ramai tanya saya pregnant pula ker? tak..saya gemuk,,,
heheheheh

kakak, kak Chik & abg Iman
Rizqi Arsyad

kak Asyifa Umairah...

Enjoy bila dapat bercuti...tapi sekejap jer!!!!

No comments:

Post a Comment