Tuesday, May 22, 2012

pulut pauh


2 hari lepas hubby request nak makan pulut pauh..
actually dia tak pernah pun makan before ni, suka-suka hati jer request..
kebetulan semalam bersamaan 1 Rejab saya berpuasa..semalam saya tunaikan permintaan dia & buat la pulut pauh tu..memang sedap..
Rizqi la yang makan paling banyak. hari ni dia bawak bekal gi rumah nenek..

picture hasil dari google..saya tak sempat snap picture semalam...
xoxoxoxo...

weekenD 18 may 2012

weekend kali ni kami tak stay kat rumah macam biasa..kali ni kami berjalan-jalan P:-)
saja bawak anak teruna berjalan-jalan..iyelah, dia pun mesti boring jugak..so, encik suami decide nak ke pasar tani Kuala Besut yang memang agak happening!!

Kali ni hubby nak cari selipar untuk dirinya pulak..iyelah, minggu sebelum ni dah beli selipar untuk ibu & rizqi, kali ni untuk ayah pulak..kami pergi kejap jer..tengok-tengok & beli barang untuk tujuan asal & beli lauk sahaja. tak mau dah shopping takut over budget lagi..hahahah
Rizqi & ayah..kusyuk anak ibu tengok itik dalam sangkar tu..tapi dia takut..bila hubby letak dekat rapat mata dia pejam..

kat pasar tani ni memang macam-macam ada..ada arnab, ada itik, ada kura-kura dan macam-macam lagi. saya dah mula risau, kalau Rizqi besar agak-agak macamana la..
Tapi dia memang happy bila ke pasar tani nie..langsung tak nangis, yang ngantuk pon tak jadi nak tido...sampai susu pun tak nak..



Petang pulak after solat jumaat kami ke rumah ayah chik (pak chik saya) kerana majlis selawat & cukur jambul baby Arman anak sepupu saya..
baby arman!!atas dukung Cik sue@adik ipar saya
comel si kecik ni..putih gebu!!!
sepupu & sedara mara saya
Lastly, 3 orang si kecik nie!! balik tu saya migrain..kesian encik suami kena jaga Rizqi...
nothing much during weekenD!!
sabtu pulak encik suami kerja & saya tido jer memanjang memandangkan migrain tak hilang-hilang..dah lama tak kena migrain..siap muntah lagi..

Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day

16 mei 2012 tarikh yang mengingatkan kita pada jasa guru kepada kita...
Sempena tarikh itu saya nak mengucapkan Selamat Hari guru kepada semua guru, pensyarah yang pernah memberi ilmu tanpa jemu kepada saya sehingga saya menjadi insan seperti hari ni..

Tak lupa juga kepada bapa mentua saya yang merupakan Pesara guru, kakak saya yang juga seorang guru & kawan-kawan saya yang bergelar guru...
all the best !!!!


Last !!!

HAPPY TEACHER'S DAY!!!
:
:
:
:
:
:

Tuesday, May 15, 2012

Rizqi Arsyad 11 months, 2 weeks & 3 days OLd

hari ni semangat pulak nak updated blog..
dah lama gak tak citer hal kehidupan dalam blog ni..updated perkara yang berlaku sejak dua menjak ni...
Post kali ni saya nak updated pasal my Son, Rizqi Arsyad yang beberapa hari lagi akan mencecah umur 1 tahun..alahamdulillah...semakin membesar & sihat anak ibu..Kurniaan ilahi yang tidak terhingga kepada saya & hubby!!! Syukur sangat dengan kurniaan ini..iyelah..bukan senang nak dapat cahaya mata ni..ramai jugak dikalangan rakan saya yang masih belum dikurniakan Rezeki..Insyaallah giliran diorang pun akan tiba..bagi saya & suami kami bersyukur kerana tidak mengambil masa yang lama untuk dikurniakan zuriat yang comel ini...
:
:
:
:
:
1).Rizqi dah boleh berdiri & meniti kat dinding...excited sangat...harap sangat agar Rizqi boleh berjalan bila masuk satu tahun nanti...macam asyifa Humairah, dia boleh berjalan masa umur mencecah 11 bulan..kira Rizqi ni dah nak masuk setahun mintak-mintak dah boleh jalan laa..tak larat ibu nak dukung...dah lama tak timbang anak ibu..kena tunggu imunisasi 1 tahun nanti baru tahu berapa kg berat anak ibu!!!!

2). Rizqi dah pandai bergaya bila ayah cakap senyum..tengok la gayanya bila nak snap picture!!
Tapi mainan dia, dia tak gemar sangat Rizqi ni..dia lagi gemar selongkar almari & sepahkan barang-barang ibu...bila cubit kat paha dia sengeh..tak sakit ke???
heheheh

3). Bila jumpa jer jam tangan ker, cermin mata ker..inilah gayanyer..dia sengaja tak tutup mulut dia so, cermin mata tu lekat la kat pipi..kalu tutup mulut cermin mata tu jatuh..nak buat macamana pipi dia tembam..
4). Bila ibu kat dapur dia mesti menangis nak ke dapur..iyer lah..kat dapur lagi banyak perkakas & bahan2 mainan yang dia suka contohnya bawang, minyak..dah kena letak kat tempat tinggi dah sekarang ni..kalau tak memang hancur & pecah la .....

5).Bila dengan ayah memang tak reti duduk diam la...mesti nak suruh ayah agah dia. kemudian mengilai tak hengat..itulah Rizqi..MY CUTE SON!!!!!!

WeekenD 12 May 2012

Weekend saya tak ke mana-mana, so ada lah masa nak masak kat my beloved hubby!!!

kali ni saya masak bawal 3 Rasa & Tom Yam udang!!!
saya memang tak suka nak simpan ikan lama-lama dalam peti ais..biasa kalau beli terus masak..
Ikan memang tak sedap kalau simpan dalam peti..entah rasa lain jer bila makan. Tu perasaan saya & cara saya.. Tak tahu pulak blogger macamana!!!

Tiap kali masak yang special untuk encik suami, mesti encik suami akan kata "Ya xsei buko kedai makan ko"..hahahahah..xpernah terlintas dalam hati sayang & tak pernah ada cita-cita ke arah itu...P:) akan datang tak tahu laa...


Ni dia ikan bawal 3 rasa & Tom yam udang khas untuk encik suami yang tak suka makan kat kedai. dia cakap dah jemu makan kat Kedai, masa kat shah alam dulu hari2 makan kat kedai..apa salah kalau kita kerap makan kat rumah???? so, rajin ke, malas ke memang hari-hari kena masak...di samping menjaga anak teruna saya yang semakin lasak...

Hidangan dah sedia sambil menunggu suami selesai solat...nasi pun berasap lagi..
saya suka masak tom yam udang, sotong & ketam sahaja..(Sea FooD). lepas tu letak daun sup, batang sadri & daun bawang..tak suka sayur lain..memang delicious laa..encik suami memang suka..kalau ayam memang Jemu sangat-sangat laaa..

Ni koktail favourite Rizqi..memang dia tak jemu-jemu makan koktail..nenek dia memang kerap buat disebabkan kegemaran Rizqi..siap melalak kalau tak cukup..Koktail ni saya cuma campur dengan susu cair..tak guna susu segar & tepung kastard..tapi memang sedap la guna susu cair berbanding susu segar...atas cita rasa masing-masing!!!


Rizqi enjoy dengan koktail kegemarannyer!!!!
nanti ada masa ibu buat lagi K!!!
xoxoxoxoxo

13 May 2012-Happy Mother's Day!!!



13 mei 2012..First time saya sambut Hari ibu..
Thanks to My beloved hubby coz celebrated me as a mother...

Selamat Hari ibu khas untuk mak & ma (ibu mentua saya).. jasa mereka saya kenang sampai bila-bila..moga mereka diberkati buat selamanya..

pada kakak ipar & adik ipar jugak thanks coz ucap hari ibu kat saya..tahun ni saya bergelar ibu & Rizqi pulak bakal mencecah umur 1 tahun..thanks all...
xoxoxoxo

Saturday, May 5, 2012

WeekenD 27 aPril 2012

Jumaat minggu lepas, saya & suami bawa Rizqi jalan-jalan kat Pantai Bukit Keluang. en suami siap beritahu Rizqi bila sampai kat kem bukit keluang "kat sini lah ayah jumpa ibu dulu" hehehe ..sweet jer.. macam la Rizqi ni faham..



muka excited Rizqi ke pantai.. iyelah, first time saya & hubby bawa dia ke pantai..menikmati hari cuti kami bertiga..

Hubby! tengah tunggu nak beli keropok lekor & air kelapa.
tapi mendukacitakan bahawa air kelapa macam air masak jer. langsung tak rasa kelapa..kenapalah peniaga ni tak ikhlas dalam perniagaan. tersangat la kecewa dengan sikap peniaga macam nie.

us!

Rizqi & ibu
Last Rizqi & ayah..huh!!memang excited tengok anak ibu main pasir..lepas tu main air pantai. nanti bila kelapangan insyaallah ibu bawak lagi datang sini. ayah super duper busy lately. kadang-kadang weekend pon kerja daaa..jarang kami nak ada masa bertiga macam ni tanpa ada gangguan..huhh :(-