Wednesday, September 29, 2010

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....,



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).



4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.



5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!



6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.



7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.



8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.



9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.



10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.



12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.



13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.



14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.



16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.



17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!



18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.



19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.



20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!



22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.



23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.



24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.



25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.



26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..



27. Senjata wanita adalah airmata!!



28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.



29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...



30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, September 28, 2010

berCutiiii?????



sejak 2 menjak ni aku amat teringin nak pergi bercuti & merehatkan minda yang serabut serabai nie...hari ni hari yang paling memboringkan aku di opis.coz mengantuk yang teramat sangat...aku mula mencari tempat menarik untuk bercuti bersama hubby...mintak2 hubby approve laaa...nak g bercuti nie...kalo asyik kerja bila mau rehat DAAAAA...hehehehe...

antara yang aku survey tadi ialah :- pulau perhentian, pulau redang, pulau kapas..

aku syor pulau coz aku suka tgk keindahan alam berbanding shopping...
last year b4 my father sakit, kali bercuti di melaka...mmg best sangat...tapi sekarang kena tunggu my father btol2 sehat dulu untuk bercuti ngan family....

Friday, September 24, 2010

Home sweet Home


beberapa hari lepas ada aku post entry pasal beli rumah...tadi pagi2 lagi aku & hubby balik ke rumah my family di kampung gong nering...kena dengar nasihat orang tua dulu nak beli apa2.bTol X??aku bawa mak & ayahku tgk rumah yang nak di beli...alhamdulillah...tiada bantahan dari mereka...syukur lah...ayahku mmg suka kalo kita guna duit untuk kumpul harta & bukan membazir xtentu hala...cuma yang membimbangkan sekarang ni pasal apply loan la...harap sangat Lulus loan tuuu...
sementara nak tunggu urusan ni selesai, nampak gaya kena stay ngan family lagi la ..heheheheh

Tuesday, September 21, 2010

Taman Desa permai




Negeri: Terengganu




Daerah: Besut






Jenis Hartanah: Rumah Teres Satu Tingkat


Pelan Lokasi: Pelan Lokasi

Spesifikasi: Spesifikasi


Keluasan Binaan (Kps): 824

Keluasan Tanah (Kps): 1,518-3,789

Harga Minimum: RM 123,600.00

Harga Maximum: RM 142,500.00

Unit Bilik : 3


Unit Tandas : 2


Keseluruhan Unit : 40 Unit


Unit Kosong: 14 Unit


% Status Semasa :Telah mendapat sijil layak menduduki


Pelan Lantai : Pelan Lantai






pencarian rumah belom berakhir. semalam my hubby dah pergi jumpa penyewa rumah my FIL tapi penyewa tersebut mintak tangguh lagi untuk menyewa di rumah my FIL..terpaksa la kami consider that request..

semalam jalan2 ngan hubby & pikir2 & try cari solution pasal rumah ni, maka kami membuat keputusan untuk beli jer rumah.susah la menyewa ni...banyak sangat songeh dari tuan rumah bila kita menyewa.

apa lagi, terlintas di pikiran kami tentang iklan rumah untuk dijual di taman Desa Permai..not bad la harganya...hari ni pagi2 lagi aku call perbadanan kemajuan iktisad negeri Terengganubertanyakan tentang kekosongan rumah di taman desa permai. alhamdulillah ada 0 lagi 14 unit & terus apply hari ni...apa pun kn tunggu loan dulu, lulus atau tidak...corner Lot dah penuh...xapalah...mintak2 ada rezeki & semoga masalah rumah ni berakhir bagi kami...sakit kepala memikirkannya...huhuhuhu

Monday, September 20, 2010

peristiwa d pagi syawal


pagi syawal tu, bangun jer dari tido, mata suamiku bengkak dan merah...kesian dia...pedih matanya...rupanya dia tertido & lupa buka lens. may be teramat penat kot malam tu menyiapkan persiapan raye kami...nasib baik raye ke-2 matanya dah kembali sembuh...alhamdulillah...tapi gambar raye pertama semua merah macam buah saga mata suamiku...hehehehe

selamat hari raya (1 syawal 1431H)


10 SEptember 2010, semua umat islam menyambut hari raya aidilfitri.pagi2 lagi aku & my hubby dah bangun sedia juadah raya...tahun pertama beraya sebagai suami isteri kami beraya d rumah keluargaku d kampung gong nering...

agak penat la kami pagi raya tu coz kena bakar sate...petang b4 raya aku sediakan ramuan untuk buat sate...pagi raye my mum masak nasi minyak & aku tolong buat sambal belacan jer...

juadah kami di pagi raya ialah Nasi minyak, Sate, Nasi Himpit kuah kacang & Longtong...

memang seronok raye kali ni coz aku selamat bergelar seorang isteri & dapat beraya dengan suami tersayang...for my hubby love u much dear...moga ikatan ini berkekalan sampai akhirat...really2 love u...

selamat hari raya (1 syawal 1431H)



Selamat Hari Raya aidilfitri kepada seluruh umat islam di seluruh dunia dari kami mazlia & yusry.walaupun agak terlambat mengucapkannya tapi kite masih dalam mood raya...rayakan sebulan. & sekarang daku dah mula berpuasa 6..maaf zahir batin Dari kami mazlia & Yusry

house


Sejak 2menjak ni, saya & hubby sibuk mencari rumah sewa.kami Decide nak tinggal asing dengan family.iyelah, xselesa jugak nak tinggal dengan parents nie..after kawen mesti kite ada life sendiri & sampai bile nak bergantung pada mak bapak..habis kawasan taman perumahan kami cari,rupa-rupanya susah jugak nak cari rumah kat area Jerteh nie.kalo ada pon mcm xsesuai jer..dari segi faktor keselamatan kena ambik kira jugak..terbaru ada rumah yg d beritahu oleh kenalanku, tapi tuan rumah ni pulak macam xbersungguh2 jer nak bagi sewa.sampai sekarang kami masih menanti jawapan nak bagi sewa ke x...dah nak masuk sebulan xada jawapan lagi...

last sekali my hubby buat keputusan untuk tinggal di rumah milik my FIL tapi ada org sewa sekarang ni...so, kena pergi jumpa la dulu dengan penyewa tu & cakap kami nak tinggal di rumah tu.so, keputusan dia kena tunggu lah mcmana..sampai semua urusan tu selesai...

FooD



semalam aku teringin nak makan nasi Lemak Kukus...
apa lagi, masak2 raye la di rumah mentuaku...Sedap!!!& puas ati.
tapi aku kukus pulak nasi Lemak nie...
sebenarnya aku masak nasi Lemak coz simple & dapat rehat2 after balik kerja...